seandainya kita masih bersama
,hari ini adalah hari yg amat penting bagi kita berdua
kerana tarikh hari inilah yang pertama kali kau sentuh tanganku
dan bertanya adakah aku sudi menerima kau menjadi kekasihku buat selamanya.
tetapi itu hanyalah katakata pada sebelas bulan yang lalu
,kini semuanya telah berubah.
hanya ingin kau tahu juga ,kita sudah setahun dan tujuh bulan berkenalan.
kadangkala aku berfikir ,selama ini ,di manakah kedudukanku di dalam hatimu?
mungkin aku pernah mengungkapkan kata benci padamu
,tetapi itu tidak benar. aku tahu ,aku selalu mengikutkan perasaan.
tahukah kau hidup aku kini seperti tidak tentu arah ,aku merinduimu.
aku merindui dakapanmu. aku selalu bertanya pada diriku
,adakah rindu di hatimu seperti rindu yang ku rasakan?
kenapa kau lebih mementingkan temanmu daripada seseorang gadis
yang amat mencintaimu dan yang telah bersamamu selama sepuluh bulan?
aku berani bersumpah ,aku tidak pernah menduakanmu.
aku berani bersumpah ,aku mecintaimu dengan sepenuh hatiku.
aku juga berani bersumpah ,tanpamu aku akan merasa kehilangan
,tanpamu aku sepi ,tanpa cintamu aku resah
,tanpamu hidup ku seperti tidak bermakna.
tanpamu ,hidupku seperti tidak sempurna.
dan aku tanpa cintamu umpama layang-layang terputus talinya.
aku tidak menyangka bahawa kau sanggup berbuat begini kepadaku.
hinakah aku ini? jijikkah aku ini pada padangan matamu?
masihkah kau ingat janjijanji kita bersama? berjanji sumpah setia
,berjanji tidak akan meninggalkan satu sama lain?
berjanji tidak akan berpaling dari satu sama lain?
hanya ingin kau tahu,aku di sini masih mengharapkan kasih
dan sayangmu kerana hanya padamu aku serahkah segala rasa cintaku
,kerana kau yang pertama telah membuka hatiku
untuk merasakan betapa indahnya hidup bercinta.
kau umpama sebutir bintang yang aku puja
,antara sejuta ,kau bersinar.
ini bukanlah katakata manis ,ini adalah katakata yang datang dari hati.
percayalah ,kau tidak pernah hilang dari ingatanku.
dan bayanganmulah yg selalu setia menemaniku.
dengarlah lagu karena ku sayang kamu
,setiap katakata yang ada pada lagu itu dituju hanya untukmu.
aku pernah berjanji bahawa aku tidak akan kembali kepadamu
dan juga tidak akan lagi mengganggu hidupmu lagi.
mungkin itu adalah yang terbaik buatmu
dan keputusan yang muktamad bagiku.
seandainya kita berjumpa sekali lagi pada lembaran yang lain
,percayalah hatiku sentiasa terbuka untuk kau kembali padaku.
hanya kau yang bisa memberiku cinta yang tulus &suci.
hanya kau juga yang bisa memberi aku kebahagiaan.
selamat tinggal &sayangkamu.
&selamat 11bulan yg tidak kesampaian ,ayulbabybhuchuksyg :D
Labels: 211107